Ada kacang tumbuh di akar,
Akar menyangkut bawah titian;
Carilah akal fikir-fikir,
Jangan menyesal di kemudian.
Apa bunyi berderang-derang,
Itulah bunyi kulit kerang;
Ingat bimbang zaman sekarang,
Sedikit yang betul banyak yang kurang.Apa guna meragi kain,
Kalaulah tidak ada bunganya;
Apa guna cari yang lain,
Kalaulah tidak lebih darinya.
Kalau tuan menebang jati,
Biar serpih tumbangnya jangan;
Kalau tuan mencari ganti,
Biar lebih kurang jangan.
Kucing kurus menghembus api,
Sudah hembus padam menyala;
Kurus kering kerana susah hati,
Kerana telinga tak mendengar kata.
No comments:
Post a Comment